KUALA LUMPUR 10 Dis. – Keadaan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera parah dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini, 27 November lalu semakin baik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, pihak Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu sudah boleh menulis di papan putih untuk berkomunikasi.…










