Muhammad Adib seorang wira - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Muhammad Adib seorang wira – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.41 malam selepas tiga minggu bertarung nyawa sebagai seorang wira.

Dalam masa yang sama, Wan Azizah juga mahu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati mengecam perbuatan jenayah sehingga mengakibatkan kematian Muhammad Adib.

Namun begitu, beliau yang berasa hiba selepas mendapat berita pemergian Muhammad Adib itu turut mengingatkan seluruh pihak supaya kekal tenang dan tidak bertindak mengikut emosi di samping membiarkan proses undang-undang berjalan dengan lancar.

“Takziah diucapkan buat keluarga termasuk tunang beliau, sahabat handai dan seluruh warga bomba. Saya mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

“Kita harus ingat bahawa ini bukan isu agama mahupun soal perkauman, akan tetapi perbuatan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah yang tidak berperikemanusian. Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tetap tenang dan tidak bertindak mengikut emosi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN