Muhammad Adib: Harus dapat pembelaan sewajarnya - Utusan Malaysia

Muhammad Adib: Harus dapat pembelaan sewajarnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Dis. – Pemergian allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia semalam selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, harus mendapat pembelaan.

Namun, menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tiada yang mewajarkan sesiapa jua untuk bertindak di luar batas undang-undang dalam kes Muhammad Adib.

“Negara ini negara yang mempunyai hukum dan semua warganya mesti hidup dan bertindak berdasarkan undang-undang. Biar apa pun alasan dan matlamatnya.

“Saya yakin, kerajaan akan bertindak seadil dan sesaksama mungkin. Hukuman setimpal mesti dijatuhkan kepada mereka yang melakukan jenayah kejam ini. Lebih-lebih lagi ia melibatkan seorang ahli pasukan penyelamat Malaysia,” katanya dalam kenyataan, di sini sebentar tadi.

Muhammad Adib parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 November lalu dan terpaksa mendapat rawatan rapi di Institut Jantung Negara (IJN) tetapi akhirnya meninggal dunia kira-kira 9.41 malam.

Kes tersebut sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan empat suspek telah dibebaskan dengan jaminan bon polis tetapi pihak keselamatan malam semalam mengumumkan kes itu kini disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×