SEGAMAT 30 Dis. – Seorang saudara baharu di Kampung Abdullah di sini buntu untuk menyediakan kos pembedahan isterinya sebanyak RM60,000 bagi membuang usus besarnya yang rosak. Muzzafar Abdullah, 48, berkata, isterinya Maisarah Abdullah, 46, yang juga seorang mualaf perlu menjalani pembedahan segera bagi membuang keseluruhan usus besarnya akibat penyakit familial polypolis coli. “Memandangkan pembedahan tersebut perlu dilakukan dengan segera, ia perlu dilakukan di sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana…









