MELAKA – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengesahkan berlaku kebakaran kecil di kompleks penapisan minyak anak syarikat miliknya, Malaysian Refining Company Sdn. Bhd. (MRCSB) di Sungai Udang di sini hari ini. Syarikat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan memberitahu, kebakaran kecil itu berlaku kira-kira pukul 10.20 pagi ini membabitkan kawasan bukan pemprosesan di kompleks penapisan. Katanya, pasukan tindakan kecemasan (ERT) syarikat itu bagaimanapun berjaya mengawal kebakaran tersebut dan tiada letupan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan. “Insiden ini juga tidak menjejaskan operasi di kompleks penapisan ini,” kata MRCSB. Tambahnya, semua pihak berkuasa berkaitan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya