MPN baharu diwujudkan - Utusan Malaysia

MPN baharu diwujudkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Kerajaan akan mewujudkan semula Majlis Profesor Negara (MPN) dengan struktur dan keahlian baharu serta bebas daripada unsur-unsur politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, MPN baharu itu akan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.

“Kita memang berhasrat mewujudkan MPN yang betul-betul bebas dan membantu kerajaan bukan menjadi jurucakap berkempen untuk kerajaan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada

Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) mengenai nasib kakitangan MPN yang diberhentikan, dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Hanipa juga berkata, kakitangan MPN yang diberhentikan dijanjikan bayaran pampasan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN