LIVERPOOL 15 Dis. – Pengendali Manchester United, Jose Mourinho berdepan tekanan sebelum menentang Liverpool dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris esok apabila penyokong Red Devils mendesak dia dipecat kerana kenyataan yang dikeluarkan dalam sidang akhbar, hari ini. Dalam klip video yang tersebar dalam media sosial, wartawan bertanya kepada pengendali dari Portugal itu berapa jauh pasukannya ketinggalan di belakang kelab-kelab utama. Mourinho dengan bersahaja menjawab: “Sangat jauh.” Wartawan yang tidak berpuas hati…