MANCHESTER 1 Dis. – Jose Mourinho bimbang jika Manchester United tidak berjaya mendapatkan beberapa bintang yang mereka mahukan dalam pasaran perpindahan pemain Januari ini kerana lawan Red Devils sudah tidak perlu menjual pemain kepada mereka.
United berbelanja hampir 400 juta pound 2.1 bilion) mendapatkan pemain baharu sejak Mourinho tiba di Old Trafford dua tahun lalu namun pengurus Red Devils itu mendakwa membeli pemain bertaraf bintang menjadi semakin sukar.
Katanya perkara tersebut berlaku disebabkan keseimbangan prestasi pasukan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menjadikan Tottenham sebagai contoh apabila kelab tersebut tidak mengeluarkan belanja pada pasaran perpindahan sebaliknya mengekalkan bintang mereka seperti Harry Kane, Dele Alli, Christian Eriksen dan Son Heung-Min.
Begitu pun tiada percubaan daripada United untuk mendapatkan salah seorang daripada pemain tersebut namun Mourinho berkata Tottenham tidak akan menjual pemain mereka jika terdapat permintaan.
“Manchester United dikenali dengan sejarahnya dan dimensi lebih besar daripada Tottenham? Dengan segala hormatnya, Tottenham pasukan yang hebat dan saya fikir semua orang setuju.
“Cuba anda membeli pemain terbaik Tottenham. Tidak boleh kerana mereka tidak akan menjualkannya. Sudah apsti mereka sangat berkuasa sehingga boleh berkata tidak.
“Beberapa tahun lalu, siapa pemain terbaik Tottenham? Michael Carrick dan sebelum itu siapa? Berbatov.
“Bolehkan kita pergi ke sana dan membawa pulang Harry Kane? Dele Alli, Eriksen dan Son? Bolehkan kita pergi ke sana dengan membawa pulang semua pemain ini ke Old Trafford? Tidak. Jadi siapa yang lebih berkuasa sekarang? Mereka atau kami?,” katanya. – AFP










