SELEPAS dipecat oleh Manchester United, Jose Mourinho tidak perlu memikirkan masalah untuk menjual kediamannya kerana selama 895 hari membimbing kelab itu, dia hanya menginap di Hotel Lowry yang terletak di kawasan bandar.
Keluarganya bagaimanapun masih menetap di London, dan anak perempuannya, Matilde baru sahaja menamatkan pengajian dari Universiti Seni London manakala anak lelakinya, Jose Mourinho Junior beraksi bersama Fulham.
Walaupun memiliki kontrak jangka panjang bersama Red De-vils sebelum ini, Mourinho memutuskan untuk menginap di hotel berbanding mendapatkan kediaman mewah di Cheshire seperti kebanyakan pemain Uni-ted.
Pengurus kelahiran Portugal tersebut sering dilihat bergambar di kawasan Hotel Lowry, yang mana dia disambut oleh penyambut tetamu di hotel bertaraf lima bintang itu.
Mourinho, 54, hilang jawatan selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Liverpool, hujung minggu lalu dan sepanjang bersama kelab itu dia tinggal di bilik mewah yang dikenali sebagai Riverside Suites yang menawarkan pemandangan sungai yang indah.
Dengan nilai 600 pound (RM3,176) semalam, Mourinho sudah menghabiskan kira-kira 537,000 pound (RM2.84 juta) sejak mula menyertai kelab itu.
Bilik serba mewah itu dilengkapi sofa lembut selain kawasan berehat yang luas, dan ia dipisahkan dari kawasan makan dengan dapur yang dilengkapi segala kemudahan untuk kegunaan harian.
Diibaratkan sebagai apartment persendirian, suite mewah itu memiliki enam bilik yang lengkap dengan teknologi termasuk dua televisyen pintar, internet berkelajuan tinggi serta telefon khas untuk kegunaan harian.
Suite tersebut juga memiliki dua pintu masuk berbeza, kawasan yang cukup luas untuk mengadakan mesyuarat serta kemudahan lain termasuk peti keselamatan dan juga bar.
Mourinho juga dibenarkan menggunakan gimnasium, spa, perkhidmatan bilik 24 jam sehari selain beberapa kemudahan lain termasuk khid-mat membungkus barangan, parking valet serta penyediaan sarapan setiap hari.
Pasukan kejurulatihan Mou-rinho juga sering memasuki hotel itu untuk bertemu dengannya, malah kebanyakan pemain baharu United memilih menginap di Lowry sebelum mendapat kediaman tetap.
Zlatan Ibrahimovic antara pemain yang pernah menginap di hotel itu selepas berhijrah dari Paris Saint-Germain pada 2016 sebelum berpindah ke Hotel Radisson Blu, hotel kegemaran pemain Manchester City kerana dia mahu menggunakan kemudahan kolam renang.
United juga sering menggunakan Lowry sebagai lokasi pertemuan pada malam sebelum perlawan di laman sendiri bagi menikmati makan malam bersama keseluruhan pasukan. untuk makan malam bersama.











