MoU JCCD, CIDB tingkat kualiti industri - Utusan Malaysia

MoU JCCD, CIDB tingkat kualiti industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 13 Dis. – Pusat Pembangunan Kontraktor Johor (JCCD) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) membabitkan latihan industri binaan dan pengurusan projek.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang berkata, kerajaan negeri komited dalam meningkatkan mutu dan kualiti kerja kontraktor tempatan.

“Kerjasama antara JCCD dan CIDB akan memastikan pembabitan kontraktor tempatan dalam projek mega yang dijalankan di negeri ini.

“Langkah ini selari dengan aspirasi Belanjawan Johor 2019 di mana pembangun infrastruktur merupakan satu daripada enam teras utama yang akan diberi penekanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dalam majlis Perasmian Pejabat JCCD di sini, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×