Moratorium beberapa akta ditarik semula - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Moratorium beberapa akta ditarik semula – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 2 Dec. – Kabinet memutuskan beberapa undang-undang yang sedang dalam kajian untuk dimansuhkan sebelum ini boleh digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan dalam menangani jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan yang dibentangkannya bersama Menteri Kommunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo itu diterima jemaah kabinet dalam mesyuarat pada Jumaat lalu.

“Antaranya adalah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 (Akta 747), Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Pencegahan jenayah 1959 (POCA) dan Akta Hasutan.

“Kita menarik balik moratorium yang diadakan sebelum ini berdasarkan keadaan semasa dengan apa yang telah dan sedang berlaku terutama yang berkaitan dengan kes kuil ini supaya pihak polis boleh bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kerajaan mengambil keputusan tersebut kerana mahukan instrumen undang-undang yang berkesan selain pihak polis memerlukan panduan untuk menangani situasi yang tindakannya diletakkan dalam status moratorium.

“Kita beri kuasa penuh pada pihak keselamatan untuk bertindak bagi menjaga keselamatan awam dan rakyat.

“Sebelum ini kita berhati-hati sikit, tapi kita tak mahu orang ambil kesempatan mengatakan polis tidak akan ambil tindakan seterusnya memberikan gambaran seolah-olah kita tidak berkuasa,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×