Monyet ‘ancam’ Parlimen India - Utusan Malaysia

Monyet ‘ancam’ Parlimen India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 11 Dis. – Menjelang pilihan raya umum tahun depan, kerajaan India bukan sahaja berdepan pelbagai ‘drama politik’ namun turut diancam kumpulan monyet Macaque Rhesus di sekitar pejabat kerajaan di sini.

Monyet bermuka merah tersebut membuat kekacauan dengan meragut makanan dan telefon bimbit, menimbulkan kebimbangan masyarakat dan kakitangan awam, memecah masuk rumah serta sekitar ibu negara itu.

Haiwan itu juga menjajah beberapa kawasan sekitar Parlimen dan kementerian utama termasuk Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan.

Menurut Penyelidik Ashoka Trust bagi Penyelidikan Ekologi dan Alam Sekitar, Asmita Sengupta, monyet tersebut telah terbiasa dengan manusia yang memberikan makanan menyebabkan haiwan itu hilang rasa takut.

“Monyet itu mula aktif mencari makanan tambahan dan sekiranya tidak mendapatkannya, haiwan tersebut akan bertukar agresif.

“Tradisi sosio agama bagi memberi makanan kepada monyet mewujudkan kitaran kejam ini,” katanya.

Sebelum ini, ada berlakunya tragedi berikutan ‘pertembu­ngan’ monyet dan manusia.

Pada 2007, Timbalan Datuk Bandar Delhi, S.S. Bajwa me­ninggal dunia selepas terjatuh dari balkoni di kediamannya akibat ditolak sekumpulan monyet.

Malah pada bulan lalu, seorang bayi berusia 12 hari terbunuh selepas diserang se­ekor monyet bermuka merah di bandar Agra yang menempatkan monumen ikonik, Taj Mahal. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN