Mohd. Zahidi dilantik Pro Canselor USAS - Utusan Malaysia

Mohd. Zahidi dilantik Pro Canselor USAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 1 Dis. – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan jawatan Pro Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) kepada Jen. (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin.

Pelantikan itu disempurnakan sewaktu Istiadat Konvokesyen USAS Kali Ke-11 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini dan turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mohd. Zahidi yang merupakan Ahli Dewan Negara Perak bergelar Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, juga meng­anggotai Jemaah Pemang­ku Raja Perak.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar yang menjalankan tugas Naib Canselor USAS, Prof. Datuk Dr. Wan Sabri Wan Yusof ketika berucap pada istiadat berkenaan mengucapkan tahniah ke atas Mohd. Zahidi sebagai Pro Canselor USAS pertama.

“Semoga dengan pelantikan ini akan memberikan nilai yang amat bermakna kepada universiti dalam meneruskan perjuangan memberi rahmat ke seluruh alam, rahmatan lil alamin,” katanya.

Sebanyak 1,303 graduan mene­rima peng­anu­gerahan melibat­kan peringkat pengajian diploma, Ija­zah Sarjana Muda, Ija­zah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)­ tahun ini.

Wan Sabri berkata, biarpun pada usia muda, USAS telah menca­tatkan peningkatan ketara bilangan pelajar daripada 6,089 pada 2017 kepada 6,610 orang tahun ini.

Menurutnya, melihat bila­ngan populasi meningkat saban tahun, pihaknya menye­dari keperluan untuk menyediakan kemudahan bersesuaian terutamanya kepada para pelajar.

“Tahun ini, dua buah bangunan komersial bernilai kira-kira RM21 juta, hampir siap dibina. Jumlah itu merupakan hasil pinjaman berbayar USAS kepada kerajaan negeri serta sumbangan wakaf,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN