Mohd. Khairuddin angkat sumpah Exco Selangor - Utusan Malaysia

Mohd. Khairuddin angkat sumpah Exco Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 10 Dis.- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Alam Shah di sini, di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohd. Khairuddin,47, yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dilantik sebagai Exco bagi menggantikan Allahyarham Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, ADUN Seri Setia yang meninggal dunia akibat barah usus pada Ogos lalu.

Dalam istiadat tersebut, Mohd. Khairuddin turut melafazkan ikrar Aku Janji serta pengurniaan surat cara pelantikan sebagai Exco dihadapan Sultan Selangor.

Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN