Mohd. Isa tiba di mahkamah untuk didakwa - Utusan Malaysia

Mohd. Isa tiba di mahkamah untuk didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad tiba di  Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Beliau yang memakai baju batik tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi yang kemudian diiringi sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan Mohd. Isa akan didakwa berkaitan kes pembelian hotel oleh FIC di Kuching, Sarawak.

Semalam Mohd. Isa berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Putrajaya dan menurut peguamnya Datuk K. Kumaraendran, kehadirannya adalah bagi menandatangani surat akujanji bahawa beliau akan hadir di mahkamah.

Pada 30 Ogos lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan sebagai berkata pihak pendakwa raya dalam pertimbangan untuk membuat pertuduhan terhadap Mohd. Isa membabitkan kes pembelian hotel oleh FIC. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×