KUALA LUMPUR 20 Dis. – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu. Begitulah nasib Mohamad Khairul Md. Hashim menang hadiah berganda dalam Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2018, Ahad lalu. Dalam pertandingan di Taman Tasik Ampang Hilir dekat sini, Mohamad Khairul diumumkan juara dan naib juara setelah berjaya menaikkan dua ekor patin seberat 12.5 kilogram (kg) dan 11.7 kg. Kemenangan itu melayakkan dia membawa pulang hadiah wang…










