KUALA LUMPUR 19 Dis. – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu. Begitulah nasib Mohamad Khairul Md. Hashim menang hadiah berganda dalam Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2018, Ahad lalu. Dalam pertandingan di Taman Tasik Ampang Hilir dekat sini, Mohamad Khairul diumumkan juara dan naib juara setelah berjaya menaikkan dua ekor patin seberat 12.5 kilogram (kg) dan 11.7 kg. Kemenangan itu melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM3,000 beserta barangan iringan. Rezeki yang tidak disangka-sangka itu katanya merupakan detik paling manis dalam minatnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya