Misi final tidak mustahil - Utusan Malaysia

Misi final tidak mustahil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Dis. – MISI yang bakal digalas Harimau Malaya dalam separuh akhir kedua Piala AFF di Bangkok, Rabu ini amat getir, namun rata-rata penyokong tidak meragui kemampuan mereka selepas melihat prestasi baik dipamerkan semalam.

Anak-anak buah Tan Cheng Hoe mempamer aksi bertenaga di hadapan 87,745 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malangnya serangan bertali arus dan permainan menarik itu gagal menghasilkan gol selepas kedua-dua pasukan seri 0-0.

Bekas penyerang negara, Safee Sali memuji persembahan rakan-rakannya di padang dan yakin jika momentum itu ­diteruskan di Bangkok mereka mampu melangkah ke pentas final.

“Permainan yang sangat positif dengan menghasilkan deretan peluang.

“ Mereka dah buat yang terbaik dan jangan putus asa, ada perlawanan kedua di Bangkok nanti. Sentiasalah yakin dan percaya dengan pemain-pemain Harimau Malaya,” katanya dalam Instagram @ supersafee_10.

Sementara itu, Hairuddin Omar mengakui, persembahan yang dipamerkan pasukan negara antara yang terbaik pernah disaksikannya.

“Home of tiger. Full House with ex national captain coach, Safiq Rahim dan Zainal (Abidin Hassan). One of the best game so far, Ayuh!! 90 minit lagi di Bangkok,” tulisnya di Intragaram @ hairuddin_omar20.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu skuad negara mengekalkan momentum dan corak permainan untuk­­ ­layak ke final.

“Semalam kita mempunyai banyak peluang melalui Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan (Mohamadou) Sumareh, namun gagal diterjemahkan kepada gol. Jika corak permainan dikekalkan kita mampu ke final,” katanya.

“Masih berbaki 90 minit di gelanggang lawan..peluang masih terbuka..pedulikan komen negatif dan buat sehabis baik demi lencana di dada.

“Doa rakyat Malaysia sentiasa bersama anda..Good luck Safawi Rasid Safawi Rasid, Zaquan, Aidil, Shahrul, Sumareh, Farizal dan kawan-kawan yang lain,” kata Khysa Maisara di Face­book.

“Tidak mengapa Malaysia!! Walaupun kita memperoleh seri malam ini, saya dan seluruh rakyat Malaysia tetap bangga dan akan terus menyokong. Bangkit lawan semula di Thailand nanti!!!,” tulis penyokong yang menggunakan akaun Ailin_nylea dalam Instagram.

Malaysia hanya perlu seri dengan jaringan jika mahu mencari tiket perlawanan akhir buat kali keempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN