Microsof pintas
Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia - Utusan Malaysia

Microsof pintas
Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Microsoft kembali mengungguli dunia teknologi susulan kebangkitan semula luar biasa yang menyaksikan firma berkenaan mengatasi pesaingnya, Apple.

Microsoft merampas semula gelaran syarikat pa­ling bernilai dunia selepas mencapai nilai pasaran lebih tinggi berbanding Apple pada Jumaat lalu, pencapaian kali pertama sejak tahun 2010.

Ketika bursa Amerika Syarikat ditutup Jumaat lepas, Microsoft mencatat modal pasaran AS$851.2 bilion (RM3.55 trilion), peningkatan tiga kali ganda sejak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Satya Nadella mengambil alih gergasi perisian itu pada awal 2014.

Apple pula mencatat nilai pasaran AS$847.4 bilion (RM3.54 trilion), turun sekitar 20 peratus sejak lapan minggu lalu. Mengekori di belakang ialah gergasi peruncitan online, Amazon (AS$826 bilion (RM3.4 trilion) diikuti syarikat induk Google, Alphabet AS$763 bilion (RM3.1 trilion). Dalam tahun 1990-an, Microsoft menyandang gelaran firma teknologi terunggul dan syarikat paling berharga ketika ia menerajui revolusi komputer peribadi menerusi sistem operasi Windows. 
– AFP

Nadella yang merupakan CEO Microsoft berucap semasa Mesyuarat Tahunan Pemegang Saham syarikat itu di Bellevue, Washington, pada 28 November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN