Messi masih belum hilang bisa - Utusan Malaysia

Messi masih belum hilang bisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde memuji impak yang diberikan oleh ketua pasukannya, Lionel Messi ketika menewaskan Espanyol 4-0 dalam aksi La Liga di Stadium RCDE awal pagi semalam.

Keputusan tersebut kembali melonjakkan Barcelona ke tangga teratas liga apabila mengutip 31 mata selepas mengharungi 15 perlawanan dengan dibezakan tiga mata berbanding pencabar terdekat, Sevilla.

Kata Valverde, persembahan yang dipamerkan oleh Messi cukup luar biasa sekali gus membuka mata pengkritik yang telah meletakkannya di kedudukan kelima Anugerah Ballon d’Or 2018 yang berlangsung minggu lalu.

“Dia boleh mengubah keputusan perlawanan pada bila-bila masa. Saya sangat berbangga dapat melatih seorang pemain hebat sepertinya yang dianggap hanya hadir sekali dalam satu era bola sepak moden.

“Dia berjaya meledak dua gol menerusi sepakan percuma dan saya percaya dia mampu melakukan jaringan hatrik menerusi situasi bola mati pada perlawanan akan datang.

“Mengenai kegagalan dia berada dalam kedudukan tiga pemain terbaik dunia pada Anugerah Ballon d’Or 2018 baru-baru ini, saya tidak tahu bagaimana mahu komen.

“Apa yang pasti, dia sudah meraih banyak gelaran individu sebelum ini dan tiada apa yang perlu dibuktikan lagi,” kata Valverde. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN