HIMPUNAN hari Sabtu yang lalu boleh diberikan nama apa sahaja sekalipun, namun ia membawa mesej dan petanda cukup jelas kepada kerajaan. Rakyat sedang memerhati dan mereka mampu bangkit jika tindakan dan fiil pentadbiran kerajaan didapati canggung dan mewujudkan curiga. Sebahagian menamakan sebagai ‘Himpunan Bantah ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum)’. Ada juga yang menamakannya sebagai ‘Himpunan Kesyukuran Penolakan Ratifikasi ICERD’. Pokok pangkalnya, ia berjaya mencantumkan jutaan pemikiran…










