SEPANG, 15 Dis. – Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Terry Walsh membidas pihak yang mendesak dia meletak jawatan ekoran aksi mengecewakan Malaysian Tigers dalam Piala Dunia di India. Kata Walsh, mereka yang mengkritik itu sebenarnya tidak layak bercakap mengenai hoki. “Komen saya, kebanyakan mereka yang bercakap ini sebenarnya tidak layak bercakap pasal hoki. “Mereka tidak faham, apa yang kita lakukan adalah untuk proses jangka panjang, bukannya keputusan segera,” katanya…