Menteri diugut bunuh dengan bangkai lembu - Utusan Malaysia

Menteri diugut bunuh dengan bangkai lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki meletakkan bangkai seekor lembu dan nota ugutan bunuh terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub di hadapan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, Muar pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, tangkapan ke atas suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas pihaknya menerima laporan berhubung penemuan tersebut.

“Suspek ditahan reman sehingga Jumaat (esok) bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana me­lakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN