Berpadanan dengan maksud Rong Seri dalam bahasa Thailand iaitu ruang dapur yang cantik maka pengunjung yang memasuki Restoran Rong Seri di Sungai Ramal Dalam, Kajang akan terpesona melihat keindahan hiasan dalaman restoran ini. Dekorasinya mengetengahkan binaan dan hiasan kayu, daripada lampu sehinggalah kerusi yang diimport dari Chiang Mai di utara Thailand bagi menampilkan ciri-ciri seperti istana warisan diraja masyarakat Lanna di wilayah itu. Ini juga bersesuaian dengan hidangan yang disediakan…










