Mengapa papan iklan LED datangkan risiko kemalangan - Utusan Malaysia

Mengapa papan iklan LED datangkan risiko kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Papan iklan cahaya diod pemancar cahaya (LED) yang kini semakin banyak dipasang di jalan raya dikhuatiri meningkatkan risiko kemalangan.

Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masa yang diambil ketika tumpuan pemandu teralih akibat memandang papan iklan tersebut boleh mengganggu cara pemanduan seseorang.

Menurut beliau, kajian luar negara menunjukkan dengan hanya mengalihkan tumpuan selama tiga saat mampu menyumbang kepada kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya.

“Bagi papan iklan LED, kadar nyalaan dan kecerahan lampu yang digunakan memainkan peranan penting dalam pengiklanan serta penyampaian mesej tersebut kerana membuatkan pemandu tertarik melihat dan membaca isi kandungannya. 

“Pada waktu siang, nyalaan dan kecerahan papan iklan LED itu mungkin tidak begitu ketara namun pada waktu malam mampu menyilaukan mata. Keadaan itu akan mengalihkan semula pandangan ke arah persekitaran yang gelap dan boleh mengalami keadaan mata berpinar,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN