KUALA LUMPUR 1 Dis. – Papan iklan cahaya diod pemancar cahaya (LED) yang kini semakin banyak dipasang di jalan raya dikhuatiri meningkatkan risiko kemalangan. Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masa yang diambil ketika tumpuan pemandu teralih akibat memandang papan iklan tersebut boleh mengganggu cara pemanduan seseorang. Menurut beliau, kajian luar negara menunjukkan dengan hanya mengalihkan tumpuan selama tiga saat mampu menyumbang…