Kaftan jiwa wanita Malaysia

Kaftan jiwa wanita Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGGAL 6 September bukan sekadar cuti umum dalam kalendar. Ia adalah detik mengingati semula bagaimana Malaysia lahir daripada ikatan pelbagai kaum, budaya dan cerita yang disulam bersama.

Sama seperti kaftan, busana yang tidak pernah mengenal warna kulit atau bangsa,

Ia selesa, sopan, anggun dan paling penting, penuh jiwa Malaysia.

Minggu ini, saya perkenalkan The Kita Studio dengan koleksi terbarunya, kaftan naseem.

Kalau dulu mereka sudah terkenal dengan signatur, kaftan menyusu, kini hadir dalam versi lebih baik.

Lengan panjang yang lebih sopan, potongan elegan, tidak perlu digosok dan mesra penyusuan.

Ya, ibu moden boleh tampil bergaya tanpa kompromi pada keselesaan dan paling penting, potongannya yang oversized boleh muat sehingga saiz XL.

Apa yang membuatkan kaftan ini menawan hati ramai wanita Malaysia adalah fungsi praktikalnya.

Fabriknya ringan dan bernafas, sesuai dengan iklim tropika di samping zip tersembunyi sepanjang 30 sentimeter di bahagian depan yang menjadikannya mesra penyusuan tanpa menjejaskan gaya.

Ditambah pula dengan dua poket sisi tersembunyi.

Di rumah, padankan kaftan naseem dengan selipar lembut dan rambut diikat messy bun, terus nampak effortless chic sambil melayan anak-anak atau bersantai dengan secawan teh tarik.

Kalau perlu keluar sekejap beli barang dapur, sarung sahaja bersama beg silang kecil dan sandal.

Dengan corak segar yang diperkenalkan dalam koleksi ini, anda bukan sahaja nampak kemas, malah berfesyen tanpa sedar.

Untuk gaya lebih berani, tambah sahaja aksesori seperti rantai labuh atau anting-anting besar. Sekelip mata kaftan ini boleh jadi statement look untuk minum petang bersama kawan-kawan.

Di kala dunia fesyen sibuk mengejar trend cepat usang, kaftan tetap teguh sebagai simbol keselesaan yang tak lapuk dek zaman.

Ia merentasi generasi, sesuai dipakai oleh semua. Sama seperti Hari Malaysia yang meraikan kepelbagaian, kaftan adalah kanvas yang menyatukan semua tak kira umur, bentuk badan atau latar belakang.

Sempena sambutan Hari Malaysia, mungkin inilah masanya untuk meraikan diri sendiri dengan sehelai kaftan naseem.

Di sebalik tugasan yang serba sibuk, wanita berhak untuk tampil cantik tanpa perlu berhempas-pulas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×