AMPANG – Seorang bekas pengurus sebuah produksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan melakukan pemerasan menyebar gambar bogel seorang pekerja hotel wanita, dua minggu lalu. Tertuduh Shaiful Azwira Abdul Jabbar, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A.Raof. Mengikut pertuduhan, bapa lapan anak itu didakwa melakukan pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan terhadap seorang wanita berusia 25 tahun dengan menyebarkan gambar bogel mangsa.…










