KOTA BHARU 13 Dis. – Seorang penganggur menangis ketika membuat rayuan di dalam kandang tertuduh Mahkamah Sesyen di sini hari ini sebelum dia dihukum penjara lapan tahun dengan tiga sebatan atas kesalahan menetak seorang juruteknik hingga putus tendon lengan kiri, Isnin lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Mazlisham Mahamood, 48, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Tertuduh diarahkan menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh…










