Penerangan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Amin Senin mengenai pentaksiran murid Tahap 1 yang lebih berteraskan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bermula tahun 2019 sedikit sebanyak memberi pemahaman kepada ibu bapa dan masyarakat umum mengenai pemansuhan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi tahap tersebut. Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya bagaimana murid Tahap 1 akan ditaksir sekiranya tiada lagi peperiksaan untuk Tahap 1, dan adakah guru-guru bersedia untuk…










