Melayu, Bumiputera jangan miskin di negara sendiri - PM - Utusan Malaysia

Melayu, Bumiputera jangan miskin di negara sendiri – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Orang Melayu dan Bumiputera harus kuat berusaha supaya tidak terus ketinggalan dan miskin di negara sendiri.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini berikutan mereka masih tidak menanam sikap rasa malu akan kekurangan dialami termasuk lebih selesa berada di luar bandar yang kekurangan infrastrukturnya.

Katanya, bantuan yang diperolehi orang Melayu dan Bumiputera kini adalah disebabkan berkuasa di dalam bidang politik.

“Kita boleh nafi tetapi hakikatnya di negara sendiri Melayu (dan Bumiputera) tinggal belakang.

“Kalau tiada kuasa politik dan tiada keistimewaan akan jadi daif lebih dari sekarang. Apa perasaan kita sendiri digolong sebagai orang miskin, kalau saya rasa malu,” katanya ketika berucap merasmikan Himpunan Mahasiswa Graduan Profesional Muda Bumiputera sempena Karnival Pendidikan Kerjaya dan Usahawan Muda Bumiputera di sini hari ini.

Menurut Mahathir, orang asing (kaum Cina dan India) yang datang ke negara kita semasa pemerintahan British kini lebih maju disebabkan berusaha, kuat bekerja dan belajar dalam pelbagai bidang serta menguasai ekonomi negara kita. 

“Apakah sebabnya berlaku, adakah orang Melayu bodoh. Saya tidak percaya orang Melayu bodoh tetapi kepintaran tanpa usaha tiada kejayaan. 

“Justeru, kita perlu berlari lebih kuat dan membaca lebih banyak daripada orang hadapan kita sekiranya ingin berjaya,” katanya. 

Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya supaya mempunyai perasaan sayang terhadap negara dengan membantu membangunkan dan menjaga kemananan negara. 

Dalam perkembangan berlainan, Mahathir menegaskan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ditolak kerajaan berikutan tidak memberikan hak dalam membezakan layanan kaum di negara ini disebabkan berada dalam taraf tidak sama. 

“Negara kita berbilang kaum namun kejayaan kaum tidak sama dengan kaum Melayu perlu diberikan peluang untuk terus berjaya. 

“Kita tidak akan meminda perlembagaan negara,” jelasnya. 

Pada majlis tersebut, Mahathir dianugerahkan Tokoh Bumiputera Unggul 2018 atas sumbangannya kepada pembangunan kaum Melayu dan Bumiputera yang disampaikan Pengerusi Karnival Pendidikan, Kerjaya dan Usahawan Muda Bumiputera (PUTRA), Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN