MELAKA – Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) memborong lapan pemain baharu termasuk dua bekas ketua pasukan kebangsaan sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan menerusi satu majlis menandatangani kontrak di sini tadi.
Dua tonggak kebangsaan itu ialah Shukor Adan yang juga bekas ketua pasukan Felda United dan bekas ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim.
Enam lagi pemain yang ditandatangani Melaka United ialah R. Gopinathan (JDT), Mohd. Nazrin Mohd. Nawi (Perak), Mohd. Razman Roslan (Selangor), Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman (Felda United), Saiful Ridzuwan Selamat (Selangor) dan Mohd. Raimi Md. Nor (Pulau Pinang).
Majlis menandatangani kontrak selama semusim bersama pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan itu disaksikan Ketua Menteri yang juga Presiden MUSA, Adly Zahari di Seri Negeri, Ayer Keroh.
Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang juga Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi. – K! ONLINE










