Melaka peruntukan baucar persekolahan lebih RM336,000 - Utusan Malaysia

Melaka peruntukan baucar persekolahan lebih RM336,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 12 Dis. – Kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Pendidikan Melaka (Tapem) meluluskan peruntukan persekolahan sebanyak RM336,150 kepada murid kurang berkemampuan di seluruh negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, jumlah itu melibatkan sumbangan dalam bentuk baucar bernilai RM150 kepada 2,241 murid sekolah rendah terpilih dari negeri ini.

Menurutnya, penerima boleh menukar baucar tersebut untuk membeli keperluan persekolahan mereka di mana-mana pasar raya Mydin, seluruh Melaka.

“Kerajaan negeri mengambil pendekatan menggunakan baucar berbanding wang tunai kerana tidak mahu peruntukan itu disalahgunakan oleh penerima memberi barangan lain.

“Setakat hari ini, sebanyak RM200,000 jumlah peruntukan itu telah dibelanjakan dan diharap ia dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada anak-anak terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×