MELAKA – Kerajaan negeri mengagihkan bantuan persekolahan dalam bentuk baucar bernilai RM336,150 kepada murid kurang berkemampuan di seluruh negeri ini.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, bantuan melalui Tabung Amanah Pendidikan Melaka (Tapem) itu melibatkan pemberian baucar bernilai RM150 kepada 2,241 murid sekolah rendah terpilih.
Katanya, baucar tersebut boleh digunakan untuk membeli keperluan persekolahan di mana-mana pasar raya Mydin, seluruh Melaka.
“Kerajaan negeri mengambil pendekatan menggunakan baucar berbanding wang tunai kerana tidak mahu peruntukan itu disalahgunakan oleh penerima memberi barangan lain.
“Setakat hari ini, sebanyak RM200,000 jumlah peruntukan itu telah dibelanjakan dan diharap ia dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada anak-anak terpilih,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini. – K! ONLINE











