KLANG – Medicare Assistance Sdn. Bhd. (Medicare) mengunjurkan peningkatan sehingga 400,000 pemegang polisi dalam kalangan penjawat awam di Malaysia bagi perlindungan takaful CUEPACSCare pada tahun hadapan berbanding 80,000 pemegang polisi ketika ini. Medicare merupakan sebuah agensi takaful yang menawarkan perlindungan takaful keluarga secara komprehensif menerusi pengendali utama dengan memberi tumpuan kepada golongan penjawat awam negara. Pengarah Urusannya, K. Palanisamy berkata, sasaran berkenaan yakin dicapai bersandarkan kepada pelaksanaan pelan strategik yang…










