Media Vietnam ‘ejen perisik’? - Utusan Malaysia

Media Vietnam ‘ejen perisik’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI 13 Dis. – Ketibaan skuad Harimau Malaya di Lapangan Terbang Antarabangsa No Bai, Hanoi hari ini disambut oleh sekumpulan media Vietnam yang bersemangat untuk menemubual pemain serta jurulatih negara.

Begitupun, mereka terpaksa pulang hampa apabila hasrat untuk mendapatkan komen tidak dilayani kerana Tan Cheng Hoe dan anak-anak buahnya hanya berminat untuk mengulas apa sahaja persoalan dalam sidang akhbar rasmi yang diadakan esok.

Barangkali, Cheng Hoe mengambil pendekatan berhati-hati dalam setiap tutur kerana sedar tentang kecen­derungan sebahagian besar wartawan negara itu me­ngorek rahsia pasukan dalam sidang akhbar terdahulu.

Dalam final pertama Piala AFF di Bukit Jalil, Selasa lalu, media Vietnam dilihat menjadi ‘ejen perisik’ terbaik buat skuad Naga Emas apabila bertindak menemubual beberapa wartawan Malaysia untuk bertanya secara terperinci tentang taktikal yang bakal digunakan Harimau Malaya, selain siapa pemain yang dijangka diturunkan.

Vietnam mengikat Malaysia 2-2 dalam perlawanan itu, dan dilihat sebagai pilihan utama untuk memenangi Piala AFF buat kali kedua selepas 2008 apabila kedua-dua pasukan berentap di Stadium Nasional, My Dinh, Sabtu ini.

Bagi Harimau Malaya pula, biarpun berdepan tugas berat, namun keyakinan tinggi tetap mengiringi mereka untuk membawa pulang trofi pertama selepas lapan tahun.

Malaysia hanya memerlukan kemenangan 1-0 untuk mengesahkan kejuaraan atau sekurang-sekurangnya seri 3-3.

Sekiranya tewas atau seri kurang daripada tiga jari­ngan, kemenangan berpihak kepada Vietnam.

Keputusan seri 2-2 pula mengheret saingan ke waktu tambahan atau penentuan penalti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×