SEREMBAN 11 Dis. – Media boleh menjadi rakan kongsi kepada kerajaan bagi usaha membawa negara dan negeri ke satu platform pembangunan yang baharu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun. Aminuddin berkata melalui kerjasama dan persefahaman yang akrab bersama media, ia mampu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat bahawa kerajaan mempunyai dasar yang baik untuk mereka. “Melalui ‘symbiotic relationship’ antara kerajaan dan media massa, ia dapat membantu melahirkan pasukan komunikasi…










