Media di India berbohong - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Media di India berbohong – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 2 Dis. – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam dakwaan media dari India yang menuduh pasukan keselamatan bertindak ganas dalam menangani rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di sini hari ini.

Menurutnya, itu adalah laporan bohong dan memorandum yang diserahkan kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai perlu ditarik semula.

“Kita harus tolak memorandum itu kerana ia memberi satu imej buruk negara.

“Mereka di sana tiada hak mencampuri urusan dalam negara kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Kuil Sri Maha Mariamman, di sini sebentar tadi.

Terdahulu, perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia telah diadakan susulan memorandum yang diserahkan oleh Presiden Hindu People’s Party Arjun Sampth kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai pada Rabu lepas.

Wisma Putra berkata memorandum daripada parti yang juga dikenali sebagai Hindu Makkal Katchi itu mengutuk insiden terbabit dan mendakwa kerajaan bersikap berat sebelah terhadap penganut Hindu di Malaysia selain menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil sebarang tindakan berhubung insiden tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN