McDonalds's Malaysia sumbang RM484,100 bantu golongan kurang berkemampuan - Utusan Malaysia

McDonalds’s Malaysia sumbang RM484,100 bantu golongan kurang berkemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Dis. – McDonald’s Malaysia menyumbang RM484,100 bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin tegar di Kelantan, kata Pengarah Kanan Sumber Manusia Mcdonald’s Malaysia Azhar Darbi.


Azhar berkata berkata sumbangan itu meliputi pelbagai inisiatif termasuklah sumbangan zakat, pelantikan belia asnaf ke program McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada 841 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga miskin bandar di Kelantan.

“McDonald’s Malaysia di bawah pemilikan baharu kumpulan Reza memenuhi kewajipan zakat sejak tahun lalu kerana ia merupakan entiti perniagaan 100 peratus dimiliki umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata Mcdonald’s Malaysia turut mengalu-alukan belia daripada golongan asnaf dari Kelantan untuk menyertai program Perantis McDonald’s iaitu Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementerian Sumber Manusia kerana ia boleh membantu golongan belia mendapat pekerjaan di rangkaian restoran makanan segera itu.- BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×