KUALA LUMPUR 6 Dis. – Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mempertikaikan motif himpunan hak asasi manusia anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang diadakan serentak dengan perhimpunan #DaulatHimpunan 812. Lian Ker mempersoalkan kewajaran perhimpunan berkenaan bagi meraikan perjuangan hak asasi kemanusiaan sedang kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah gagal meratifikasi ICERD. “Bagaimana mereka boleh membenarkan dua perhimpunan diadakan serentak – Adakah ini fenomena baik, buruk atau memberi gambaran…










