MBI diminta segera bersihkan Pasar Besar Ipoh - Utusan Malaysia

MBI diminta segera bersihkan Pasar Besar Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta segera membersihkan kawasan Pasar Besar di sini yang didakwa telah lama tidak dicuci.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan, ia perlu dilaksanakan berikutan aduan beberapa peniaga di pasar terbabit yang merasakan tahap kebersihan tidak memuaskan sehingga mengundang kehadiran haiwan perosak seperti tikus.

“Saya telah mengadukan perkara ini kepada MBI dan mereka harus turun ke padang melihat masalah ini. Saya akan membuat rondaan sekali lagi minggu hadapan.

“Oleh kerana saya juga exco kesihatan jadi saya nak lihat pasar itu bersih, saya tidak mahu alasan tidak cukup tenaga kerja dan saya rasa pasar ini sudah lama tidak dicuci,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2018 peringkat negeri di Pasar Besar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata, harga barangan kawalan di Perak sempena sambutan Krismas esok setakat ini, adalah terkawal dan pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga barang. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN