MB Perak serah dokumen isytihar harta Khamis lalu - Utusan Malaysia

MB Perak serah dokumen isytihar harta Khamis lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 10 Dis. – Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menyerahkan dokumen perisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis lalu.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak menandatangani dokumen perisytiharan harta berkenaan dengan disaksikan oleh Pesuruhjaya Sumpah sebelum diserahkan kepada pihak SPRM.

Bagaimanapun, Pejabat Menteri Besar mendapati maklumat tersebut belum dikemaskini setakat pukul 5 petang semalam apabila laporan berita mengenai perisytiharan harta melibatkan beberapa Ahli Parlimen semalam.

“Sebagai Menteri Besar dan Ahli Parlimen, Datuk Seri sentiasa komited untuk memenuhi janji Pakatan Harapan untuk mengisytiharkan harta seperti yang termaktub dalam manifesto untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Mei lalu,” kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, semua ahli jentera pentadbiran kerajaan negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai kanan Badan Berkanun negeri juga telah mengisytiharkan harta masing-masing.

“Ini adalah selari dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan Perak kepada prinsip ketelusan dan akauntabiliti serta komitmen untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa,” kata kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN