KUALA LUMPUR 13 Dis. – Maybank diiktiraf sebagai Organisasi Malaysia Terbaik 2018 oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) menerusi program Anugerah Life At Work 2018. Pada anugerah sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias turut diberi penghormatan Juara Ketua Pegawai Eksekutif untuk Organisasi Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abd. Manaf, anugerah tersebut diperkenalkan untuk mengiktiraf dan meraikan organisasi dengan strategi tempat…