Mayat tiga beradik lemas ditemukan pagi ini - Utusan Malaysia

Mayat tiga beradik lemas ditemukan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 31 Dis – Mayat tiga beradik yang lemas setelah dihanyutkan arus ketika bermain di Pantai Sura petang semalam, ditemukan pagi ini.

Mayat ketiga-tiganya ditemukan dalam keadaan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas operasi digerakkan pukul 7 pagi ini melibatkan kekuatan 73 anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mayat mangsa pertama, Nurain Sofia Zawawi, 8, ditemukan pada pukul 7.30 pagi kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian manakala, mayat adiknya, Nurain Salsabila, 6, dijumpai pukul 9.20 pagi kira-kira 1,000 meter dari pesisir pantai berkenaan. 

Mayat terakhir, Nurain Fatma, 10, ditemukan dua meter dari pesisir pantai di hadapan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada pukul 11.05 pagi ini. 

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman berkata, pencarian pada hari ini melibatkan operasi mencari dan menyelamat di sepanjang pesisir pantai dan di permukaan air. 

PASUKAN penyelamat mengusung salah satu mayat tiga beradik yang lemas di Pantai Sura, Dungun hari in
PASUKAN penyelamat mengusung salah satu mayat tiga beradik yang lemas di Pantai Sura, Dungun hari ini. – UTUSAN ONLINE

Katanya, keadaan ombak besar dan angin kuat menyukarkan sedikit operasi mencari dan menyelamat mangsa pada pagi ini.

Dalam kejadian pukul 6.40 petang semalam, Nurain Fatma, Nurain Sofia dan Nurain Salsabila dihanyutkan ombak ketika sedang bermain di tepi pantai itu. 

Ketika kejadian kesemua mangsa datang untuk bercuti di pantai tersebut sempena cuti persekolahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×