Mayat sudah berulat ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat sudah berulat ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA 12 Dis. – Mayat seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh yang dalam keadaan sudah berulat ditemukan di dalam parit di Ladang Sawit Bera Selatan 4 Bandar 32,l dekat sini, semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mansor Samsudin berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam air paras buku lali dengan keseluruhan kepalanya berada dalam air.

“Mayat mangsa dijumpai lengkap berpakaian baju kemeja merah bercorak berbunga kecil.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia lebih kurang tiga atau empat hari berdasarkan keadaan mayat yang telah reput dan berulat,”katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×