JERTEH – Remaja berusia 13 tahun yang dikhuatiri lemas ketika memancing di sungai berdekatan Empangan Jajar, Kampung Gong Duek di sini pada 9 Disember lalu, ditemui terdampar di tebing sungai kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan dibawa arus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh, Mohd. Zamri Omar berkata, ketika ditemui, mayat Mohd. Syarif Zulkifli berada di tebing sungai dipercayai selepas air sungai surut. “Setelah lebih tiga hari operasi mencari…










