PANDEGLANG, Indonesia 24 Dis. – Satu mayat yang dipercayai mangsa bencana tsunami ditemukan terdampar di tepi pantai Carita hari ini. Detik News melaporkan, mayat itu dikenal pasti sebagai lelaki dan ditemukan oleh penduduk tempatan dan pekerja hotel Desiana yang melakukan kerja-kerja pembersihan. Selain itu, pasukan keselamatan juga menemukan satu lagi mayat wanita di kawasan paya berhampiran hotel Paradise. Kedua-dua mayat tersebut kemudiannya dibawa ke hospital berhampiran untuk dikenal pasti. –…










