JELI 2 Dis. – Mayat seorang remaja lelaki yang dipercayai meninggal dunia akibat nahas jalan raya ditinggalkan di Unit Kecemasan Hospital Jeli, di sini, awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dibawa oleh seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam sebelum ditinggalkan di kawasan hospital. Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintenden Nik Ahmad Kamil Che Ahmad berkata,…










