IPOH – Mayat kesemua mangsa yang maut dalam kebakaran di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru di sini semalam dijangka tidak dapat dikebumikan dalam masa terdekat memandangkan masih ada prosedur yang perlu dipatuhi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A. Sivanesan berkata, antaranya ialah proses pengecaman mayat termasuk melalui rekod pergigian. “Setakat ini tiga mangsa sudah selesai dibedah siasat manakala tiga lagi akan dibedah…










