Mayat lelaki warga Indonesia ditemui terapung - Utusan Malaysia

Mayat lelaki warga Indonesia ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki Warga Indonesia ditemui terapung selepas dipercayai terjatuh di Sungai Batu berhampiran Masjid Abu Hurairah, Batu 5, Jalan Ipoh di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada pukul 2.56 petang.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, mangsa bersama tiga lagi rakan senegaranya telah terjatuh ke dalam sungai terbabit namun rakannya berjaya menyelamatkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, seramai 34 pegawai dan anggota telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Mayat mangsa ditemui terapung dan oleh anggota bomba PPDA di permukaan air pada jarak satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.  

“Mayat mangsa kemudian telah dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN